Monday, August 13, 2012

Iftar Jama'ie TMA2


Assalamualaikum wbt. :)

Sangat rindu untuk menulis semula.

Alhamdulillah bertemu kembali. Sedikit catatan setelah lama membiarkan blog ni usang tak berusik.

3 Ramadhan 1433H, bersamaan 23hb Julai 2012 - Sahabat-sahabat TMA2 dapat berkumpul lagi untuk iftar bersama :). Masing-masing baru selesai present report praktikal di USIM. 

Sempat mencipta kenangan sebelum berpisah untuk membawa haluan masing-masing sebelum bertemu semula bulan 11 nanti untuk Majlis Konvokensyen, insyaallah. :)

Biar gambar yang berbicara untuk selebihnya :)


Anas, Hasif, Zahid, Sharaf, Nizam, Ain, Cikmah, Kak Aini, Jijah, Zila, Emira, Wahida tak dapat join time ni.











Ceria masing-masing dapat makan :)



Tuesday, August 24, 2010

- Salam Lebaran -

Assalamualaikum...
Selamat hari raya 4 our lovely lecturer, ustaz nazri...kami ingin mohon jutaan kemaafan sekiranya kami ada tersalah laku seperti tertdur dlm klas, terponteng klas, terumpat, tertiru dlm exam, dsb...mintak maaf ye ustaz..=)
Buat sahabat2 TMA2 yg dicintai lg disayangi krn Allah swt, salam aidlfitri kami ucapkan buat kalian...kami juge ngin mmohon kemaafan dr korg smue, harap korg maafkan kami ek...jgn main mercun sorg2, ajak kami main skali..huhu...
nuhibbukum fillah abadan abada...=)
~ NOJU ~ JUE ~ YAN ~

Wednesday, August 4, 2010

Sama-samalah kita doakan...

Assalamualaikum....
Salam takziah kami ucapkan ke atas salah seorang sahabat kami, Nuurul Aini bt Mat di atas musibah yang menimpa ke atasnya...
Beliau kini berada di wad 2A, Hospital Seremban...Sama-samalah kita berdoa supaya beliau cepat sembuh dan sihat seperti sediakala...amin...

Monday, July 26, 2010

Sahabat Sejati


Ketika diri mencari sinar
Secebis cahaya menerangi laluan
Ada kalanya langkahku tersasar
Tersungkur di lembah kegelapan

Bagaikan terdengar bisikan rindu
Mengalun kalimah menyapa keinsafan
Kehadiranmu menyentuh kalbu
Menyalakan obor pengharapan

Tika ku kealpaan
Kau bisikkan bicara keinsafan
Kau beri kekuatan, tika aku
Diuji dengan dugaan
Saat ku kehilangan keyakinan
Kau nyalakan harapan
Saat ku meragukan keampunan Tuhan
Kau nsanea rahmat-Nya mengatasi segala

Menitis air mataku keharuan
Kepada sebuah pertemuan
Kehadiranmu mendamaikan
Hati yang dahulu keresahan

Cinta yang semakin kesamaran
Kau gilap cahaya kebahagiaan
Tulus keikhlasan menjadi ikatan
Dengan restu kasih-Mu, oh Tuhan

Titisan air mata menyubur cinta
Dan rindu pun berbunga
Mekar tidak pernah layu
Damainya hati
Yang dulu resah keliru
Cintaku takkan pudar diuji dugaan
Mengharum dalam harapan
Moga kan kesampaian kepada Tuhan
Lantaran diri hamba kerdil dan hina

Syukur sungguh di hati ini
Dikurniakan teman sejati
Menunjuk jalan dekati-Nya
Tika diri dalam kebuntuan

Betapa aku menghargai
Kejujuran yang kau beri
Mengajarku mengenal erti
Cinta hakiki yang abadi

Tiada yang menjadi impian
Selain rahmat kasih-Mu Tuhan
Yang terbias pada ketulusan
Sekeping hati seorang insan
Bernama teman